Monday, January 16, 2012

Khas utk Arfahani di Harijadi yg ke 20

Duhai anak ku, ayah mu ingin berpesan kpd mu tp pesanan ini tidak lah seperti pesanan Luqmanul Hakim kpd anaknya, ayh mu ingin mengingatkan mu tp ingatan ini tidaklah setingi ingatan Rasullah kpd puterinya. Ayh mu yg serba kekurangan yg hampir setengah abad ini, cuma mahu memberikan sesuatu kpd mu utk tatapan dan dijadikan pedoman hidup agar hidup mu terus di ulit kejayaan yg hakiki di dunia ini dan di akhirat kelak.

Ayah bukan cikgu yg ternama, yg pandai mendidik anaknya, tapi apa yg ayh mampu lakukan hanyalah setakat ini dan akan terus mencuba demi kebaikan anak2 ayah. Jadikan itu, sebagai pedoman hidup. Jgn sekali2 lupa yg ilmu itu lebih luas dari lautan yg luas. Tuntulah ilmu sehingga akhir hayat mu tanpa jemu2. Ayh tidak mengharapkan arfa menjadi Syaidatina Fatimah kerna ayh bukan sequaliti Rasullah saw..tidak juga sequaliti ulama2 atau ustaz2. Cukuplah wahai anak ku, jika hidup mu sentiasa berpayungkan an-nur ISLAM. Kelak bila ayh pergi nanti, ayh pergi dgn keredhaanNYA kerna dpt mendidik anak2 menjadi insan yg soleh dan solehah. Kelak bila ayah tiada lagi, arfa dan anak2 yg lain akan terus mengingati ayh..mendoakan ayah, bagi mengurangkan bebanan ayah di sana nanti..kerna tiada apa yg akan mengiringi ayh selain amal ibadat ayh yg sedikit ini, doa anak yg soleh/solehah & ilmu yg dimanafaatkan.

Duhai anak ku, Arfa, ini pesanan ayah :
1) Beriltizamlah utk menjadi hamba IslamNYA yg sejati setiap detik. Lakukanlah ibadat2 asas sebaik munkin,
2) Berusahalah bersungguh2 utk mengejar dunia tapi jangan sekali2 lupakan akhirat. Ingatllah, jika Arfa mengejar akhirat, dunia akan mengejar Arfa,
3) Sucikan niat mu "lillahitaala" kerana setiap apa yg dilakukan keranaNYA, walaupun belajar, ada ganjaran dari NYA,
4) Banyakkan berbuat kebajikan dlm hidup mu kerana setiap rezeki itu adalah dr NYA jua. Semuga ianya bakal menjadi sebahagian dari bekalan kelak,
5) Berdakwahlah dlm apa jua bentuk dan cara, sekecil mana sekalipun kerana itulah sebahagian dari amanah sebagai khalifahNYA dimuka bumi ini,
6) Jagalah silaturrahim mu setiap masa..usah sombong, kedekut dan bongkak kerana itu semuanya tipudaya syaitan. Ikutlah rasmi padi..lagi lebat padinya, lebih menunduk,
7) Dan ingatlah duhai anak ku, sentiasa berdoa utk kebajikan ibubapa mu dan sentiasalah hormati mereka kerana redha meraka, redha ALLAH pasti ditanganmu.

Wallahuaqlam.

Sempena hari lahir mu yg ke 20..itulah harapan ayah dan mama terhadap arfa yg dikasihi lagi disayangi. Semuga hidup mu terus dilimpahi rahmahNYA, kebahagiaan dan kejayaan sentiasa bersamamu, semuga diberikan keselamatan selama2nya, dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur dlm kesejaheraan. Amen amen ya rabbal alamin semuanya buat anak ayah yg dikasihi lagi disayangi. We are proud u...

Ikhlas dari ayah n mama
16jan2012




Sent from my HTC

No comments:

Post a Comment