Friday, January 27, 2012

IKTIBAR DARI KEHIDUPAN

IKTIBAR DARI KEHIDUPAN
1) Mentaati dan Menjaga Ibu yg Uzur

Mengambil kesempatan cuti panjang di perayaan CNY 2012, aku dan linie serta empat anak2 (Amsyar, Ainin, Ariefa dan Adeeb Rayyan) telah pulang ke Kamunting, Perak untuk menziarahi ibu dan keluarga. Sebulan sekali, itulah yg aku mampu lakukan setakat ini untuk memjenguk ibu ku yg kian uzur di kampung. Kalau ibu masih sihat dan kuat ingatannya, pasti dia akan kepelikkan kerana selalunya aku akan pulang dua atau tiga bulan sekali. Apa pun, tekadku sekarang, dalam kesempatan masa yg Allah berikan ini, akan ku pergunakan utk menziarahi ibu sekerap yg mungkin.

Memikirkan kesesakan yg biasa di alami semasa musim perayaan, kami berangkat lebih awal @ 6am, selepas solat subuh pada hari sabtu. Setiba di lebuhraya plus, menyusur dari lebuhraya elite, tanggapan aku dan linie hanyalah tanggapan yg agak tidak mengena. "Itu la abg, kan bie dah kata, kita dah lambat ni, tengok...dah banyak kereta dah" mengeluh linie, sambil memandang aku. Aku hanya berselamba lalu berkata, "What to do, bie" (panggilan sayangku pada isteri) sambil terus menekan pedal minyak. Memang kenderaan sudah berpusu-pusu membanjiri lebuhraya menghala ke utara. Lebuhraya bertambah sesak sepanjang jalan sehingga akhirnya, aku dan linie membuat keputusan untuk keluar menggunakan jln lama di susur keluar rawang. Alhamdulillah, berlainan dengan situasinya di lebuhraya, keadaan jalan lama agak baik dan lenggang. Perjalanan kami agak lancar. Selepas minum pagi "simple-simple" di sebuah restauran berhampiran jalan masuk ke kawasan air panas sg. klah, sungkai, kami meneruskan perjalanan dan sekali lagi syukur kpd Allah yg mempermudahkan perjalanan kami sekeluarga. Setelah masuk semula ke lebuhraya di gopeng, kami selamat tiba di rumah ibu dlm lingkungan pukul 12.30 tengahari. Sebelum tiba, aku sempat menalipon pak usin sekitar jam 10 pagi memberitahu tentang kepulangan aku sekeluarga. Memang terpingga2 anak2ku, acapkali mendengar panggilan "pak usin" - satu panggilan mesra untuk ayah tiri ku semenjak 40 tahun yg lalu, panggilan yg agak sukar utk ku terangkan sebab2nya kpd anak2 yg masih setahun jagung. Setibanya kami, Alhamdulillah, makanan tengahari sudah siap disediakan oleh pak usin "tukang masak" - pekerjaan sambilan yg senonim di zaman mudanya.

Selesai menurunkan barang2 dan sekeluarga "dengan bau masam anak2 yg belum mandi pagi", terus bersalam dgn pak usin, aku lantas ke bilik ibu, memberi salam, mengangkat tangannya yg lemah, yg penuh dgn kedut2 tanda usianya yg hampir menjangkau 80an dan tangan kasar ibu ku cium bertalu2. Entah lah setiap kali aku mencium tangan ibu, terlintas gambaran di dlm hati ini, betapa tangan yang mulia inilah yg menjadi saksi jerih-peritnya, membanting tulang dua kerat, dulu-dulu waktu mudanya tanpa jemu2, utk menyara enam anak2nya yg masih kecil semenjak ketiadaan ayah. Pantas selepas itu, lalu aku kucup dahinya berkali2 - tanda kasih, sayang ku pada ibu, sambil berkata perlahan di telinganya, "Mak, ni chat ni, mak. Chat balik ni, kenai lagi tak chat?" Ku ulang-ulangi sehingga ibu membuka matanya yg kuyu sambil mengangguk2 tanda masih kenal anaknya yg ke-4 ini.

Sepanjang empat hari di rumah ibu, sedikit sebanyak dapat aku memberi sesuatu kpd ibu, walaupun dari kacamata Islam, tiada apa yang boleh dijadikan pembayar segala pengurbanan ibu. Rumah ibu sekarang bukan rumah papan pusaka peninggalan arwah ayah tan di kpg dew, tapi rumah setingkat bertiga bilik, rumah sewaan adik ku, biah yg tinggal berhampiran, utk memudahkannya menjenguk dan menziarahi ibu dan pak usin setiap hari sebelum dan selepas kerja.

Allah hu Akbar..memang menjadi tanggungjawab setiap anak yg soleh menghormati dan mentaati ibubapa. Banyak ayat-ayat Al Quran berkaitan perkara ini. Antara ayat-ayat yg menyuruh berbuat baik terhadap ibu bapa ialah ayat 36 surah an-Nisa bermaksud: "Sembahlah Allah, dan janganlah kamu mempersekutu-Nya dengan sesuatupun. Dan berbuat baiklah kepada kedua ibu bapamu." Sesungguhnya Allah memerintahkan setiap anak utk mentaati dan berbuat baik kepada kedua ibu bapa.

Firman Allah yg bermaksud: "Kami perintahkan kepada manusia supaya berbuat baik kepada kedua ibu bapa." (surah al-Ahqaaf, ayat 15). Anak yg beriman sudah tentu tidak mengabaikan ibu bapa, terutama yang sudah lanjut usia. Menjaga ibu bapa adalah lebih utama berbanding pergi berjihad di medan perang. Ketetapan ini dapat difahami daripada kisah di mana Rasulullah menolak permintaan seorang anak muda yg ingin turut sama berjihad di medan perang, sedangkan dia masih ada kedua ibu bapa yang telah uzur dan memerlukan jagaannya. Kemuliaan peribadi seseorang dapat diukur berdasarkan kepada bagaimana dia melayan ibu bapanya sendiri. Tidak menghormati ibu bapa adalah tanda kekufuran yang dilakukan oleh orang tidak beriman.

Ya Allah! Jadikan aku anak yg soleh yg sentiasa berusaha utk menjaga kesejahteraan, menghormati ibu ku! Ameen ya rabbal alamin.

(Bersambung...)

No comments:

Post a Comment