Monday, October 31, 2011

myMetro | Dasar Lorong Hijau senarai 319 syarikat

http://www.hmetro.com.my/articles/DasarLorongHijausenarai319syarikat/Article

Dasar Lorong Hijau senarai 319 syarikat

KERAJAAN yang memperkenalkan Dasar Lorong Hijau (Green Lane Policy) sudah menyenarai 319 syarikat bersandarkan kemampuan mereka menghasilkan produk inovatif, bersifat komersial dan berteknologi tinggi untuk memenuhi permintaan pasaran domestik dan antarabangsa.

Dasar ini bertujuan mempercepatkan dan menyediakan kemudahan menjalankan perniagaan pada perkara berkaitan dengan empat insentif iaitu pinjaman dengan kadar faedah subsidi, pengecualian cukai, perolehan kerajaan dan keistimewaan kepada Pemerolehan Syarikat-syarikat Diperbadankan di Kementerian Kewangan.

Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah berkata, syarikat terbabit akan menerima sokongan kerajaan untuk mengetengahkan produk mereka yang berpotensi diperluaskan. "Syarikat perusahaan kecil dan sederhana (PKS) perlu mengkhususkan produk keluaran dan menilai setiap produk itu sama ada berkeupayaan mendapat permintaan tinggi dalam pasaran atau tidak. Ini kerana ia memberi kesan ke atas pernigaan mereka sekiranya produk tidak berpotensi dipasarkan," katanya pada majlis The Golden Bull Award 2011 di Gentwing Highlands.

No comments:

Post a Comment