2) Dugaan Kerosakan Kereta
Tiba masanya utk aku, linie dan anak2 pulang ke KL, selasa (24Jan2012). Seperti biasa, linie memang sibuk memasak juadah tengahari buat ibu, pak usin dan kami sekeluarga. Aku pula, dgn skil memasak yg ada, menyediakan gulai ikan "misai tegang"...waduh...tak ku sangka mendapat pujian dari pak usin. Sementara linie sibuk menghidang dan berkemas, aku sempat mengemas kereta dan memeriksa minyak hitam dan air. Semuanya tampak elok dan "the car is ready to move." Selepas makan tghari, berzohor secara jamak, bersolat musafir, dan bersalam dgn ibu dan pak usin, kami memulakan perjalanan dlm lingkungan pukul 145pm.
Linie, as my co-pilot and loyal assistant, seperti biasa memeriksa situasi di lebuhraya. Perkhabaran yg diterima - slow moving traffic from chkt jering ke terowong. Keluar dr kamunting, sempat juga linie memberi "order" utk berhenti seketika di gerai buah2an berhampiran kpg pak dolah utk membeli jambu madu dan limau bali kegemarannya - "mengidam" katanya. Meneruskan perjlnan, aku menyusur mengunakan jalan lama menuju ke ipoh. Sampai di simpang empat "jadam" sempat aku menoleh ke kiri dan kanan jln mencari McD...si ainin teringin lagi Mcflurry oreo. Tiada rezeki..ku teruskan perjlnan sambil menjamah limau bali yg siap dikupas kulit, di suap isteri...nikmat rasanya disygi si isteri!
Kekadang terasa nikmatnya bila berpeluang menyusuri pekan2 kecil sambil menikmati suasana kpg di sepanjang perjlnan, sambil berjimat! Bertambah nikmatnya lagi, bila aku berpeluang membeli buah tampoi yg jarang2 sekali dijumpa, ditepi jln berhampiran pekan kecil changkat jering. Anak2 dan linie amat teruja menjamah buat tampoi yg amat manis rasanya. Perjlnan agak lancar cuma kadang2 tersekat dek lampu isyarat jalanan. Lebih kurang pukul 3pm, kami mendekati pekan chemor dan akhirnya aku mengemudi honda stream ku yg amat "reliable" masuk ke lebuhraya berhampiran bandaraya ipoh.
Selepas melepasi tol plaza, perjalanan masih lancar walaupun kenderaan banyak. Ketika melepasi papantanda gopeng, tak disangka2, tiba2 kepulan wap menerjah keluar dari kawasan enjin, membasahi cermin kereta. "Astaqfirullah, apa dah jadi ni" spontan aku berkata, lalu terus memberi isyarat ke kiri utk berhenti. Aku dan linie meluru membuka bonet enjin dan kelihatan tompokan percikan air berwarna hijau di serata enjin kereta. Andaian ku dan linie benar belaka..sah, sesuatu yg tidak kena dgn sistem radiator kereta. Menanti sekejap, kami cuba meneruskan perjlnan tapi malangnya jarum suhu kereta sudah menunjukkan yg ianya tidak mampu bergerak lagi. Kereta honda kami diberhentikan sekali lagi dan sah, honda kami mengalami kerosakan radiator di pertengahan jalan, 2km dari susur keluar Tapah. Setelah dibeleki dgn teliti, kelihatan satu rekahan sepjg 5cm di bhg atas rediator!
Itulah dugaan dari Allah. Walaubagaimanapun, kami pasrah. Di dalam detik2 kesusahan yg dihadapi, kami bersyukur kerana bila di renung balik detik2 ini, Allah nyata telah bersama kami, membantu kami menghadapi dugaan ini dgn berlapang dada. Aku, linie dan anak2 amat2 teruji kali ini, dan Alhamdulillah Allah telah kurniakan kekuatan kpd kami..tiada keluhan yg terpacul dr mulut kami, cuma anak2 terpinga2 cuba memahami. Disebabkan cuaca yg agak panas dan demi keselamatan, anak2 dibawa keluar dari kereta utk berteduh dibwh pohon pokok yg rendang berhampiran. Dlm meredah rumput2 yg agak tebal, ibu jari kaki anak ku, amsyar, terluka kecil terkena serpihan kaca terbiar didlm semak samun. Namun tiada rungutan darinya. Dlm hati kecil ku berkata, "Macamana la nak buat ni, sah workshop semua ditutup sempena CNY!" Lantas, linie dan aku membuat panggilan ke auto assist ke etiqa, tapi katanya, trak penunda hanya akan dtg dari ipoh dlm masa 1jam! Kami beralih ke Plus pula. Kemudiannya, Plusline dipanggil utk memohon pertolongan. Setelah perincian diberi, kami hanya menunggu sambil melayan kerenah anak2. Sesekali aku membelek2 htc ku, utk mencari kwn2 lama yg bermastautin di kaw berhampiran. Sham, aziz dan hizam, kwn lama ku di Sekolah Raja Chulan (SRC)
telah aku hubungi. Mereka cuba memberi pertolongan. Biah dan rizal pun turut diberitahu.,Aku pasti mereka pun mencuba menolong. Linie jugak sibuk membantu menghubungi kawan2nya.
Alhamdulillah, berkat usaha dan sabar, kami telah bertemu dengan ramai orang yg baik2.. itulah yg kami harapkan bila di timpa musibah dan itulah yg kami perolehi. Alhamdulillah. Kalian pasti pernah terdengar, bila kereta mengalami kerosakan di lebuhraya, pasti akan ada ‘orang2 yg perihatin’ yg akan menawarkan bantuan. Dlm kes kami, ianya tidak terkecuali. Dlm masa menunggu tow truck plus, tiba2 org2 ini datang dengan trak penunda "ingin menolong." Walaupun aku dan linie dlm keresahan, kami sudah bernekad tidak akan sesekali menerima bantuan mereka, memikirkan bahana dan pengalaman2 pahit yg kawan2 kami telah lalui. Kami menolak dengan baik tawaran orang2 ini, walaupun aku dan linie sendiri tidak pasti apa yg mampu diakukan selepas ini.
Tidak lama kemudian, pihak trak peronda plus tiba.Setelah berbincang, nampaknya mereka juga tidak dpt membantu apa2..tugas mereka hanyalah setakat menarik kereta sehingga ke kaw tol yg terdekat. Kereta ditunda dan Alhamdulilah, tiada sebarang bayaran dikenakan kerana itu adalah sebhg tugas2 mereka. Setelah ditinggalkan di tol tapah, aku dan linie mula secara serius menelefon kawan2 tadi, yg mungkin dapat menghulurkan bantuan. Bhg atas radiator yg retak mesti dilakukan sesuatu mahu meneruskan perjlnan yg jauh lagi. Hampa dlm mndaptkan pertolongan tapi kami tetap terus mencuba. Sesat jln kenalah bertanya..itulah perumpamaannya. Kami harus ringan mulut bertanya orang2 yg di sekeliling, kalau2 mereka tahu sesiapa yg boleh menolong. Hampa lagi kerana faktanya : workshop semua tutup kerana CNY.
Maghrib telah pun tiba, gagal mendapatkan pertolongan, aku dan linie membuat keputusan utk bermlm di tapah, utk menunggu hari esok agar kereta dapat dibetulkan. Selesai mengerjakan solat di surau berhampiran, kami terus berusaha menghubungi sesiapa saja yg mungkin dpt pertolongan.
Alhamdulillah...handphone dgn FB, dan internet telah membantu. kawan2 sekolah lama di perak dpt dihubungi. Begitu juga senarai nama2 workshop di sekitar tapah. Adik Muazzam jugak memberi senarai bengkel tapi semua panggilan tidak berjawab. Sah, bengkel semuanya tidak beroperasi. Tak ketinggalan pencarian homestay utk kami bermalam di tapah. Sekali sekala kami menerima dr abah dan emak di segamat bertanyakan perkembangan terkini. Terima kasih Ya Allah. Itu juga satu nikmat yg dikurniakan! Terasa kami masih amat disayangi.
Kalau difikir2kan semula, sememangnya kami hampir2 tertipu dgn "nasihat2 mereka" (yg dari luarannya nampak jujur), menyuruh kami pergi ke bengkel yg berhampiran. Akhirnya terbongkarlah cerita2 yg mereka2 ini cuba mengambil kesempatan melalui kesusahan org lain. Keberia2an mereka ini sebenarnya ada udang disebalik batu, kerana mereka ini memang akan mendapat komisyen yg tinggi dgn hanya "merujukkan" org2 yg didlm kesusahan seperti kami kpd bengkel2. Alhamdulilah Allah Maha Berkuasa, telah menolong kami dr ditipu. Itu juga ssesungguhnya satu nikmat. Amat benarlah firman Allah melalui ayat 2, surah Al Ikhlas yg bermaksud "Allah yg menjadi tumpuan makhluk utk memohon sebarang hajat"
Berikut adalah antara orang2 yg berhati mulia yg menolong kami. Semuga Allah membalas kebaikan mereka (ameen) :
1) Bro. Aziz, kenalan sekolah dan teman se asrama di SRC, seorg anggota pdrm di ulu kinta (tempat tinggal ku selama 4 tahun dr 1979-81) yg hanya aku berjumpa semula melalui fb. Tanpa pertolongannya, tidak mungkin en mat dan en shahril muncul menolong kami.
2) En Shahril (kawan riadah en mat dan bro aziz), seorg anggota tentera di kem tapah tergerak hati mulianya utl menghubungi kami. Dgn berkain pelikat, dia telah bersusah-payah datang ditemani anak kecil, berjumpa kami ketika kami sedang mkn malam.
Jika Allah tidak memberikan dia hati yg baik, takkan terdetik hatinya utk dtg bertemu kami, dtg bersama kawan mekaniknya (en ayim), dan takkan aku dan linie tahu, kami bakal ditipu. Syukran! Kami amat bersyukur. Logiknya, tidak semua org mahu meluangkan masa utk bersusah-payah mencari dan menolong org yg tidak dikenali.
3) En Ayim - seorg pengusaha bengkel kereta di bidor, katanya dlm perjlnan ke tapah utk menghantar kereta kliennya, muncul bersama dgn en shahril! Alhamdulillah...semuanya percaturan Allah jua. Setelah memeriksa kerosakan yg dialami, En ayim akan memberitahu kami samada kedai brg ganti dibuka keesokan harinya. En ayim memang berhati mulia. Di samping mengkhabarkan taktik kotor penarik kereta dan bengkel kereta di kaw itu dan menasihati kami supaya menutup radiator dgn capnya supaya air tidak keluar dan menggelak ianya dari terus rosak (yg 180 degree berbeza dgn nasihat yg kami terima sebelum ini). Dia juga telah sudi utk menujukan arah ke homestay utk kami bermalam. Diiringnya kami hingga ke depan pintu homestay!
4) En Zainuddin, usahawan agensi takaful ikhlas di tapah, yg juga mengusahakan perniagaan homestay di kedai yg sama. Kadar bayaran yg dikenakan agak berpatutan (RM100 sehari). En Zainuddin dan isteri juga membenarkan kami duduk hingga petang sementara kereta kami dibaiki, kerana katanya "tiada siapa yg menempah homestay keesokkan harinya".
Bukankan itu nikmat dan rezeki kerana berjumpa dgn mereka yg baik2. Allahuakbar!
Keesokkannya, seperti yg diduga, en ayim menalipon menkhabarkan yg semua kedai alat ganti ditutup. Kami akur dan mula membuat perancangan utk balik ke KL perlahan2
Kami bersiap2, dan solat duha, sambil memohon pd Allah agar dipermudahkan perjlnnn kami sekeluarga. Dgn berbekalkan doa, tawakal tu allah dan berbotol2 air, kereta dipandu dgn kadar kelajuan 40km/jam dgn lampu hazard dinyalakan dr tapah ke bidor. Bebola mata sentiasa menoleh2 dgn harapan agar ada bengkel kereta dibuka. Tapi, hampa belaka!
Dgn izin Allah, setelah 15km memandu, kami berjaya sampai ke pekan bidor dan berhenti di petronas utk melihat keadaan kereta sambil mengisi minyak. Dgn izin Allah, setelah menjenguk dipersekitaran, rupanya ada kedai alat ganti /membaiki kereta di sebelah petronas. Tapi jelas pintu kedai masih tertutup. Kelihatan sekeluarga berbangsa Cina sdg makan2 sempena CNY. Linie pantas berkata, "Abg..tanya la, kot2 dia org bole tolong." Setelah mencuba nasib dan menebalkan muka, aku menjenguk2 dan menghampiri mereka, lalu berkata, "Maaf menganggu encik!. Bole tolong ka encik...radiator saya bocor, bole tengok ka?" Mr Keong bingkas bangun dan menghampiri kereta ku. Mr Keong memberikan isyarat mahu menolong dgn menyuruh aku memandu kereta ke bengkelnya. Alangkah leganya rasa hati dan bersyukur kpd Allah kerana ada juga seorang yg baik hati yg sedia mengotorkan tgnnya tatkala sedang beristirehat. Radiator yg retak berjaya ditampal dgn gam yg cukup kuat, gam 2 tan kata Mr Keong. Isterinya pun cukup baik hati kerana memberikan anak2 kami limau dan juga air kotak. Allahuakbar! Aku dan linie merasa tersangat terharu. Ada juga insan yg bukan Islam, tidak suka menipu orang, malah mahu menolong dgn jujur. Kata Mr Keong, "Saya sini duduk pekan kecik saja..kalu gua tipu, lama2 satu bidor akan tau juga...mana mau letak muka, manyak susah mau cari makan!" Aku dan linie hanya menganggukkan kepala tanda setuju dgn Mr Keong. Setelah selesai dan aku pantas bertanya "Berapa tuan?" "Ala, kasi saya Rm20 saja." Mr keong membalas. Katanya kos gam. Kami sungguh2 dan amat bersyukur! Jelas dia tidak langsung mengambil kesempatan keatas kami. Kalau dia minta rm50 or rm100, akan ku byr jugak sebab pertolongannya yg ikhlas.
Setelah tangki radiator diisi penuh dgn air, memastikan tiada kebocoran lagi dan membekalkan kami dgn sebotol air (utk digunakan sekira radiator kekurangan air), aku dan linie berulang2 kali mengucapkan terima kasih yg teramat sgt. "Gong Xi Fa Chai" pun tidak kami lupa ucapkan kpd Mr Keong dan ahli keluarganya, sambil mengenggam2kan tangan - reaksi biasa bila ucapan itu diluahkan! Kami meneruskan perjalanan balik ke KL menggunakan jln lama sehingga ke rawang, setelah berhenti seketika di masjid di kuala kubu baru utk solat jamak zohor/asar dan menyejukkan radiator kereta. Alhamdulillah. Air di radiator masih byk! Tampalan mr keong masih "kukuh".
Allah itu Maha Besar! Alhamdulillah, dgn tawakal ph Allah, kami sampai ke KL dgn selamatnya dlm lingkungan pukul 5 ptg, dgn berbekalkan tampalan sementara mr.keong itu.
Setelah memunggah barang, aku pantas berjumpa dgn kawan mekanik di tmn puchong utama yg mana hari itu adalah hari terakhir berkerjanya di situ..kerana kata si nizam, katanya, dia akan berpindah ke tempat lain. Bukankah itu rezeki namanya..
Difikir2kan semula dgn insiden ini, byk iktibarnya yg boleh diambil. Allah menduga kesabaran kami, dalam masa yg sama memberi kami nikmat berjumpa dgn kawan2 baru yg baik2 belaka. Syukur kami tak terhingga. Jadinya, setiap yg berlaku pd kita, kalau dimuhasabahkan, kita akan sedar betapa Allah akan menolong kita, kalau kita teruskan kebergantungan nasib kita kpd NYA. Bukannya kerana basib kita baik atau sebagainya, tetapi itulah diaturkanNYA. Maka, semestinya kita sebagai umat Islam yg beriman, perlu berserah bulat2 sambil berusaha bersungguh2. InsyaAllah pertolongan Allah pasti menjelma! Percayalah!
Jadi, sentiasalah bertawakal kpd Allah setelah berusaha bersungguh2. Wallahuaqlam
No comments:
Post a Comment