-----Original Message-----
From: arshadtan@gmail.com
Date: Sat, 1 Jan 2011 11:16:29
To:
Reply-To: arshadtan@gmail.com
Subject: Program Peningkatan Bolasepak Malaysia - Apakah Langkah Perancangan Seterusnya?
Tidak dapat dinafikan lagi minat dan harapan rakyat Malaysia terhadap pasukan "Harimau Malaya" masakini semakin menggunung. Ini adalah gara-gara kemenangan julung kali pasukan bolasepak kita di kancah pertandingan AFC Piala Suzuki baru-baru ini!
Perlu ada kesinambungan kejayaan buat anak2 buah "King Raja" yang diketuai oleh anak muda, Safiq Rahim. Kejayaan ini bukannya datangnya begitu sahaja dan sekelip mata, tanpa usaha jerih, curahan keringat, air mata dan darah serta strategi jitu. Apatah lagi, pasukan ini hanya dibarisi anak-anak muda "barisan ke-2" negara akibat ketiadaan 10 pemain utama negara. Bayangkan jika 10 pemain utama ini tidak mengalami kecederaan dan bersedia membarisi pasukan negara! Mungkin kejayaan lebih menjadi mudah! Rata2 dan secara logiknya, pemain2 muda Negara (tidak kisah samada barisan utama atau pelapis) sudah ada "terpacul" kepercayaan diri dan mental & kemahuan yg tinggi, dan skil permainan yg setaraf dengan pemain2 lain di Asia, terutamanya di kelumpuk negara Asia Tenggara. Itu persepsi yg dapat diolah dari kejayaan ini.
Jadi, apa percaturan pihak FAM, Kementerian Belia dan Sukan dan agensi2 yg lain yg ada kaitan dengan bolasepak Negara? Berikut adalah persoalan yg bermain di kepala" saya :
1) Apakah kejayaan di Sukan SEA 2009 dan Piala Suzuki AFC ini sudah memadai?
2) Adakah dengan kejayaan berganda ini, akan muncul kejayaan2 yg lain (diperingkat yg lebih tinggi) tanpa ada perancangan yang jitu secara berterusan dan strategik dari pihak2 yg berwajib ini?
3) Apakah memadai pemain2 harapan rakyat Malaysia ini hanya "berkecimpungan" di kancah Liga Bolasepak tempatan sepanjang tahun2 yg mendatang?
4) Sudah cukupkah dengan hanya memberi "peluang" kepada pasukan Harimau Muda mengharungi "sepak terajang" liga tempatan sebagai sebuah pasukan?
5) Apakah tiada peluang untuk anak2 muda harapan Negara ini (seperti Safiq Rahim, Khairul Fahmi, Safee Sali, Ashari Shamsudin, NorShahrul Idlan Talaha dan lain2nya) untuk di beri peluang beraksi dan menimba pengalaman di Liga2 lain seperti di Thailand, Vietnam, atau Australia, Jepun, Korea Selatan, China atau di negara2 Timur Tengah? Mungkin jika kita hanya membiarkan permain2 muda ini "menunggu tawaran bagus" dari pasukan2 Liga lain (seperti SriWijaya dari Liga Indonesia kepada Safee Sali baru2 ini) ianya bakal membuat pemain2 berbakat ini berputih mata sahaja. Apakah "tiada ruang atau langkah proaktif" untuk kita menggunakan agen2 antarabangsa bagi "memasarkan" pemain2 muda berpotensi ini ke Liga2 lain? Mungkin juga pemain2 ini bole diketengahkan untuk "mencuba nasib" di kelab2 di Liga2 di Eropah yg lebih kompetitif dimana orang Malaysia mempunyai kepentingan (seperti pasukan Cardiff City). Apakah tiada ruang utk pihak FAM dan KBS untuk "menjual" pemain2 muda ini di Liga Slovakia dimana pasukan Harimau Muda pernah diberi peluang untuk "berlatih"
Bermacam2 lagi persoalan yg saya bole ajukan kepda pihak2 ini. Jadi, kita "tepuk dada, tanya selera" pada dasarnya, peluang2 ini tidak akan datang begitu sahaja tanpa ada usaha murni dan kesungguhan pihak2 ini. Tiada gunanya kita menyalahkan pihak2 lain, jika tiada kesungguhan, percubaan yang dibuat bagi merelisasikan impian anak2 muda kita! Safi Salee dan Norshahrul Idlan sendiri telah menyuarakan hasrat mereka dan bersedia "berubah angin" demi mempertingkatkan pengalaman mereka. Ayuh, realisasikan impian mereka! Jangan dihancurkan kejayaan anak2 muda ini! Nyalakan terus harapan mereka. Perjalanan kita masih jauh. Jangan "sejukkan impian" ini dipertengahan jalan!
Peminat Fanatik Harimau Melaya (Arshad Tan)
Puchong
019 2802166
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
No comments:
Post a Comment