Wednesday, August 19, 2009

How To Get Involve in Agri Business?




SKIM USAHAWAN PERTANIAN BERSEPADU – PADI ( SUPERB - PADI )


1. Projek SUPERB-Padi, seluas 300 hektar di Kg Sg Balang, Muar, Johor ini, akan diusahakan oleh Koperasi Wawasan Sapintas (KOWASA) Bhd untuk ahli-ahlinya sahaja. Individu-individu yang berminat menyertai program ini mestilah telah diterima sebagai Ahli yang sah dalam Mesyuarat Agong Tahunan. Jenis tanaman adalah terhad untuk penanaman padi sahaja.

2. Dalam SUPERB-Padi ini, ahli-ahli akan membuat pelaburan sebanyak RM5,000.00 untuk membiayai kos Projek. Ahli KOWASA yang telah dikenalpasti berpengalaman dalam penanaman padi akan dilantik sebagai Pengusaha dan Pengurus Estet Padi.

Pecahan kos semusim (selama 5 bulan) untuk 1 lot (1 hektar) adalah seperti berikut:

i. Kos Penyewaan Tanah RM500.00 (10%)
ii. Kos Bahan Pertanian RM2,500.00 (50%)
iii. Kos Kerja/Buruh RM800.00 (16%)
iv. Kos Khidmat Guaman RM200.00 (4%)
v. Premium Perlindungan Takaful RM200.00 (4%)
vi. Urusan Agensi Kerajaan RM300.00 (6%)
vii. Konsultansi KOWASA RM500.00 (10%)
Jumlah : RM5,000.00 (100%)

3. Unjuran hasil pendapatan Estet Padi untuk 1 Lot dalam se musim (selama 5 bulan)

i Jualan padi : 6 tan metrik x RM1,200 se tan metrik = RM7,200.00
ii Subsidi Harga : 6 tan metrik x RM248.10 se tan metrik = RM1,488.60
Jumlah : RM8,688.60
# Untung Bersih adalah RM3,688.60 per lot se musim

4. Butiran Pembahagian Untung Tahunan (Profit Sharing) yang dicadangkan:

i Dividen kpd Peserta : 40.0% or RM1,475.44 #
ii Zakat Pertanian : 2.5% = RM92.22
iii Hadiah Tuan Tanah : 2.5% = RM92.22
iv KOWASA 55.0% = RM2,028.72
Jumlah : 100.0% = RM3,688.60
# Anggaran

5. Di antara isi kandungan Perjanjian antara Peserta dengan KOWASA Bhd adalah:

i) KOWASA akan memberi pulangan anggaran antara 20 % sehingga 40% sebagai bayaran dividen selepas 5 bulan, dimana hasil dijangka ditunai. Walaubagaimanapun, ianya bergantung kepada keuntungan bersih yang diperolehi
ii) KOWASA akan terus membayar zakat pertanian bagi pihak peserta SUPERB-Padi.
iii) Setiap peserta akan diberi Sijil Penyertaan SUPERB-Padi yang akan memberi keistimewaan untuk meneruskan kontrak selanjutnya dengan KOWASA sehingga 15 tahun (37.5 musim).
v) Peserta SUPERB-Padi dibenarkan melawat ladang dan meninjau perkembangan penanaman tetapi dilarang melakukann kerja-kerja ladang tanpa kebenaran pihak pengurusan Estet Padi KOWASA.

No comments:

Post a Comment