Monday, June 13, 2016

PUASA DARI SUDUT KESIHATAN

Credit to *Dr Norhissam Mustafa:*
***********************

*Edisi yang telah di semak oleh Dr. Norhissam Mustafa, dan diharap menggunakan edisi ini untuk disebarkan... sesiapa berminat untuk mendapatkan Rakaman Penuh Kuliah Khas ini, sila hubungi Telegram/Whatsapp 019-7405016/0197790768*

***********************

*PUASA DARI SUDUT KESIHATAN oleh Tuan Norhissam Mustafa, CEO IPKIM (Institut Pengurusan Kesihatan Islam, IPKIM)*

*Tajuk : "Ramadhan Pesta. Makanan.....Jom Ubah kepada Madrasah Kehidupan"*

-Pada zaman kegemilangan Islam, *puasa adalah kemuncak kekuatan umat Islam*. Bulan Ramadhan adalah *pesta ibadah.* Banyak peristiwa besar berlaku spt perang Badar, dan berbagai² lagi menunjukkan kekuatan ummat
- Namun kini Ramadhan dikaitkan dgn keletihan, kelemahan, mengantuk, kurangnya produktiviti dan kini sebagai pesta makanan 
-Ramadhan adalah bulan kesihatan, bulan silaturrahim, musim perubahan, masa hilang ketagihan, bulan lembut hati, bulan keluasan rezeki, dan bulan membaiki institusi keluarga

*Mengikut kajian kesilapan besar dalam berpuasa;--*

1. *Menghimpunkan makan malam dengan berbuka puasa* adalah kesilapan. Berbukalah puasa dgn 3 biji kurma (atau makanan yg tinggi pottasium spt makanan bergula perang yang tinggi molasesnya) dan air kosong. Sbb buka puasa bkn utk perut tetapi utk beri tenaga kpd hipotalamus (otak dalam otak). Salah satu caranya, elakkan hidang makan malam di depan semasa berbuka. Hipotalamus yg keletihan berfungsi sepanjang hari akan tidak berfungsi dgn betul sekiranya makanan masuk dgn banyak semasa berbuka. Hal ini menyebabkan masalah serius kesihatan.

2. *Jangan "window shopping" ke Bazar Ramadhan* kerana pada waktu itu  fungsi kawalan hipotalamus dalam mengawal nafsu makan amat lemah setelah bekerja seharian drp mula waktu Subuh utk mengawal kerja2 pembongkaran di hati  menyebabkan kita hilang perhitungan utk terus membeli makanan yg kita tidak perlu

3. *Jangan lewatkan solat Maghrib.*
- Hasil daripada pembongkaran glukogen tepu dihati semenjak drp pagi akan menghasilkan tenaga yang sgt banyak, tenaga ini utk diagihkan keseluruhan tubuh melalui sel. 1 kilo berat badan mempunyai 10000 trilion sel. Tenaga ini perlu ditolak/diagih kepada sel2 dalam tubuh, hasil drp pergerakan solat 13 rakaat yang berulang2 serta gema tenaga sekitaran pada waktu setelah azan Maghrib itu itu akan menyebabkan tenaga yang dihasilkan oleh tubuh kesan daripada puasa sepanjang hari akan dapat diserakkan ke dalam nuklues sel dan digunakan dengan sempurna. Oleh sebab itu solat Maghrib perlu disegerakan... Allahu akbar...

4. *Slps solat Maghrib, sel sudah dpt tenaga. Balik terus makan malam.* Secara automatik kita akan makan secara baik dan sedikit serta sudah boleh mengawal nafsu makan. Menu makan malam jgn lebih lima jenis makanan dlm satu hidangan satu jenis makanan ruji (cth Nasi), lauk, sayur, buah dan air.

5. *Slps mkn mlm, sangat baik kita MANDI dgn air sejuk.* Jgn pakai heater. Blh pakai air batu tambah sejuk. Jgn risau kaitan mandi malam dgn paru2 berair. DONGENG. Dalilnya jika kita berhadas besar, feqah suruh segera mandi tanpa menunggu pagi. Jgn mandi mcm burung utk elak paru2 berair. Burung mandi dgn cara basahkan rambut tapi badan x basah.

6. *Slps mandi, sblm pergi solat Isyak minum setengah cawan susu segar + 3 biji kurma + satu sudu teh madu lebah yg diblender.*

7. Solat Isyak berjemaah. *Lps tu sembahyang terawikh, solat dengan perlahan dan santai.* Jgn yg terlalu gopoh-gapah.

8. *Kalau nak ambil makanan selepas solat terawikh, pastikan ringan dan sedikit.* Mkn lps pkl 10.30 adalah kemudharatan yg besar. Masa ini tenaga sudah cukup penuh dlm badan. *Masa tu aktiviti terbaik adalah tadarrus minima 1 helai.* Masa ini tenaga akan bawa input terbaik ke dalam otak dan hati. Kalau masa ini diisi dgn aktiviti atau info yang lalai, maka otak dan hati akan merakam perkara yg kita isi dan boleh menjadi pegangan kita seterusnya.

9. Selepas itu *sebaiknya tidur sblm pkl 12 mlm utk kerehatan.* Jgn pasang lampu semasa tidur kerana pasang lampu meningkatkan asidifikasi 3 kali ganda....salah satu sebab kandungan kolestrol meningkat dalam darah.

10. *Slps itu bangun pukul 3 utk qiamullail.* Sunat kejutkan ahli keluarga dgn renjis air sejuk dgn hujung jari. Boleh mandi. Tiada masalah kesihatan.

11. *Sempurnakan sekurang-kurangnya 10 rakaat solat sunat, Sunat wuduk (2 rakaat), taubat (2 rakaat), tahajjud (4 rakaat 2 kali salam), hajat (2 rakaat) dan 3 rakaat witir* bagi yg belum witir selepas terawikh tadi.

12. *Slps qiam, blh tidur tetapi ringankan, 1/4 keselesaannya drp tidur sebelumnya.* Masa ni di langit ada spektro berwarna merah jambu antara 3 hingga 5 pg. Masa ini Allah anugerahkan kesembuhan kpd banyak penyakit.

13. *Sahur. Sebaik2 sahur adlah 1/18 dari makan malam* dan yang terbaik adalah lebihan makan malam dengan syarat masih elok dan tidak basi. Lewatkan masa masak petang utk elak cepat basi. Masak lebih sedikit untuk makan malam, jgn campur garam dan simpan sikit utk sahur. Bila nk sahur panaskan dengan api perlahan dan setelah panas sedikit baru masukan garam

14. *Slps sahur, boleh membaca Quran secara tadabbur dan terus solat Subuh berjemaah.*

15. *Jangan tidur selepas Subuh* kerana gangguan kpd Tirod. Ia akan menyebabkan masalah terhentinya kerja2 pembongkaran (detokfikasi) toksid dalam badan.

16. *Tidur qailulah ( masa terbaik adalah 1 jam sblm zohor,* cukup hanya sekadar beberapa minit). 1 saat waktu ini menyamai tenaga tidur 45 minit waktu biasa. 

***********************

*Cara makan kurma.*
60% kebaikan berada pada selaput permukaan luar biji kurma. Masukkan sebiji kurma dan last sekali keluar biji. Jgn kupas di luar. Antara kurma yang terbaik ada 5 jenis: ajwa, medjool, mabrom, safawi dan mariami

*Puasa adalah detoksifikasi.* Ia berlaku apabila fungsi proses makanan dlm perut berehat lebih drp 8 jam

Friday, March 25, 2016

I am back...after "out" for too long!


Assalamualaikum...being "away" for too long..I decided to activate this WOAT ..I am now on "semi-retirement mode" (hehe..).Alhamdulillah I am blessed with a wonderful wife & bigger family. Aqila Azzahra is now coming to 15 months. Amsyar is a "huffaz" & now is doing his "syahadah" (reviewing AlQuran with the aim to really memorize all surahs), Arfa is now settled down & doing great with her medical study at UNIMAS, Ainin has been admitted to SMA Luqhatul Quran..6-yr old Adeeb Rayyan is now at SR PULAU Meranti together with his elder sister, Ariefa... ..I am now the grandpa to Mariya Al Haya @ just celebrated her 2-ry birthday.. ..Ohh so many have been granted to me by Allah SWT. Alhamdullah. I am so grateful! "Ya Allah..award upon me the ability to write "something" that are useful for me & this blog's readers"

Kelebihan Hari Jumaat


Assalamualaikum sahabat2 semua.. Mari kita sama2 baca & fahami bagi mengimarahkan Hari Jumaat - sayyidul ayyam. Baca disini... https://shafiqolbu.wordpress.com/2012/11/29/15-keutamaan-dan-keistimewaan-hari-jumaat/

Friday, May 31, 2013

Kisah DUIT SYILING dan BATU

TING !!!

Wang syiling itu jatuh di hadapan seorang lelaki yg sedang asyik membancuh simen. Melihat logam kecil itu,tangan lelaki itu terhenti melakukan kerja. Tidak menunggu lama,tangannya segera mengutip syiling itu dan dimasukkan ke dalam poketnya. Dia menyambung semula kerjanya.

TING !!!

Sekali lagi lelaki itu terpandang duit syiling tidak jauh dari sisinya. Lelaki itu menoleh ke kiri, kanan dan di sekelilingnya. Tiada siapa yg berdekatan dengannya. Sekali lagi dia terus mengambil syiling itu dan menyimpan dalam koceknya.Tidak lama kemudian, lelaki itu ternampak lagi duit syiling berdekatan dengannya. Pun sama, dia mengambil dan menyimpannya."Rezeki aku!" kata lelaki itu dalam hati.

Lelaki itu tidak sedar, logam syiling itu sebenarnya dicampakkan oleh ketuanya daripada aras lapan bangunan separuh siap yg mereka bina itu. Sebenarnya, ketuanya mahu memanggilnya. Ada pesanan yg mahu disampaikan ketuanya itu.

Puas ketuanya menjerit daripada aras lapan, cuba memanggil lelaki itu yg berada pada aras paling bawah.Namun, jeritan itu tidak mampu mengalahkan pelbagai bunyian mesin pembinaan di kawasan tersebut. Dek kerana itulah, ketuanya itu mencampakkan syilingnya dengan harapan lelaki itu akan mendongak melihatnya di atas. Mudah-mudahan,dapatlah dia menyampaikan pesananya kepada pekerjanya itu.

Sayangnya, sehingga habis wang syilingnya dibaling ke bawah, lelaki itu masih belum juga mendongak ke atas.Lantas, ketuanya itu mengumpulkan serpihan batu kecil yg terdapat di lantai. Satu persatu batu kecil itu dibaling ke bawah.

Beberapa kali batu itu mengenai badan lelaki itu. Setelah merasa sakit dan terganggu ,lelaki itu mendongak ke atas,melihat dari mana datangnya batu-batu kecil yg menyerangnya tadi. Barulah dia ternampak kelibat ketuanya yg sejak tadi cuba mencuri perhatiannya bagi menyampaikan pesanan.

P/s : Sahabat sekalian, kisah ini sekadar tamsilan antara kita dengan Yang Maha Pencipta. Tanpa sedar, Allah sering menjatuhkan 'syiling' lambang rezeki, rahmat atau kesenangan yg tidak terkira banyak kepada kita. Tuhan menjatuhkan 'syiling' itu sebagai satu panggilan agar kita sentiasa mendongak ke atas untuk mengingati dan bersyukur dengan kurniaan-Nya.Tetapi, kita acap kali lalai untuk 'mendongak' ke atas sebaliknya terus menikmati pemberian-Nya tanpa mengucapkan terima kasih.

Seperti kisah ketua dan pekerja tadi, apabila jatuhan syiling tidak berjaya menarik perhatian, lalu Dia jatuhkan pula 'batu' yg berupa musibah, kegagalan, keperitan dan pengalaman yg menyakitkan. Dan hanya setelah kita merasa kesakitan itu,barulah kita teringat untuk mendongak,menadah tangan bersyukur mengingati Yang Maha Pencipta kita.

Wallahu'alam.